Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh memuji komitmen barisan pemain skuad itu menjelang pertemuan dengan Melaka United, Ahad ini.
Beliau berkata, semua pemainnya berada dalam situasi meyakinkan terutama prestasi semasa untuk kembali memulakan saingan Liga Super.
Katanya, segalanya berada pada tahap terbaik untuk memulakan baki saingan liga dengan prestasi cemerlang.
“Oleh itu, Sri Pahang yang menjalani latihan berpusat di Pekan, sejak 6 Julai lalu, mengharapkan perubahan dalam kedudukan liga,” katanya.
Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan percaya dengan semangat dan kesungguhan yang dipersembahkan pemain terutama sepanjang latihan, semua pemain mampu mencapai misi berkenaan.
“Apa yang perlu dilakukan ialah mengekalkan disiplin sepanjang perlawanan untuk memastikan setiap perlawanan berakhir dengan kemenangan,” katanya
Selepas mengharungi 13 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kesembilan liga dengan 12 mata.