KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Dato’ Dollah Salleh memuji tahap displin pemain skuad itu selepas mencatat kemenangan 2-0, ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC, malam tadi.
Katanya, komitmen tinggi yang dipersembahkan sepanjang 90 minit perlawanan membantu skuad Tok Gajah mengutip tiga mata.
“Saya bangga dengan semua pemain kerana mereka kekal menunjukkan displin tinggi iaitu bertahan walaupun ada melakukan beberapa kesilapan.
“Namun, mereka berjaya mengawal perlawanan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Sri Pahang.
“Kemenangan ini juga membantu Sri Pahang memperbaiki kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super ,” katanya.
Pada perlawanan itu, dua gol dijaringkan oleh penyerang import, Steven Rodriguez pada minit ke-31 dan m-67.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN