Dollah tagih bisa Rodriguez, Malik

Dollah tagih bisa Rodriguez, Malik

DOLLAH Salleh mengesahkan Steven Rodriguez dan Abdul Malik Mat Ariff akan mengetuai jentera serangan Sri Pahang FC apabila berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam esok.

Ketua jurulatih itu berkata, persembahan cemerlang dua penyerang itu ketika skuad catat kemenangan 2-0, ke atas Selangor FC, pada 27 Julai lalu, melayakkan mereka berada dalam kesebelasan utama.

“Sudah pasti Rodriguez dan Malik akan disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk membantu Sri Pahang mencatat kemenangan.

“Saya percaya mereka akan beraksi dengan lebih baik dan memanfaatkan segala peluang yang dimiliki,” katanya.

Selepas 12 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan sembilan liga dengan mengutip 11 mata. Pada pusingan pertama Liga Super, Sri Pahang tewas 0-1 di tangan KDA pada 6 April lalu. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN