Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com
KETUA jurulatih Dollah Salleh tidak menduga skuad bimbangannya mencatat kemenangan 5-0 ke atas Penang FC pada saingan Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, Georgetown, malam tadi.
Beliau berkata, keputusan itu juga kemenangan kedua berturut-turut ke atas Penang FC selepas kemenangan 4-0, di Kuantan pada 30 Oktober lalu.
Katanya, kemenangan itu membuka ruang kepada skuad itu ke slot saingan suku akhir piala berprestij itu.
“Saya bangga kerana pemain dapat mengekalkan rentak kemenangan seperti di Kuantan tetapi tidak sangka akan mencatat kemenangan besar.
“Sebenarnya secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan komitmen semua pemain dan corak permainan individu yang dipersembahkan untuk memastikan misi tiga mata tercapai,” katanya.
Pada perlawanan itu, lima gol, masing-masing tiga dijaringkan Athiu pada minit ke-10, m-35 dan m-81, Abubakar Yakubu (m-21) dan Abdul Malik Mat Ariff (m-57).
Kuala Lumpur (KL) FC kini mengungguli kedudukan Kumpulan A dengan lapan mata, Sarawak United (tujuh), Sri Pahang (enam) manakala Penang FC (satu).