Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Sri Pahang FC membuat keputusan mengejut apabila merehatkan ketua jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley dan penolong ketua jurulatih, Christophe Gamel.
Sehubungan itu, dua jurulatih import berkenaan tidak bersama Sri Pahang apabila pasukan itu berdepan Melaka United di Stadium Hang Jebat, malam ini.
Menurut sumber, keputusan itu selepas kedua-dua jurulatih itu memastikan pasukan itu mengutip mata pada dua perlawanan yang menyaksikan Sri Pahang tewas.
“Tanpa Dooley dan Gamel, tugas ketua jurulatih akan digalas sementara oleh pengurus pasukan, Dollah Salleh malam ini,” kata sumber itu.
Difahamkan, keputusan itu dilakukan kerana Sri Pahang tewas pada dua perlawanan berturut-turut kepada Selangor 1-3 manakala 0-2 di tangan Perak FC.
Bagi peminat bola sepak, khususnya penyokong Sri Pahang, ia agak mengejutkan ketika perlawanan baru berlangsung dua perlawanan.
Pada masa sama, Sri Pahang memulakan kempen musim ini dengan membawa masuk khidmat dua jurulatih import dalam usaha memperkasakan pasukan itu.
Tetapi, perubahan yang dilakukan tidak menjadi yang menyaksikan Dooley dan Gamel direhatkan.