Dr Nor Azimi Yunus pengarah baharu JKN Pahang

Dr Nor Azimi Yunus pengarah baharu JKN Pahang

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Dato’ Dr Nor Azimi Yunus dilantik sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Dr Nor Azimi yang sebelum ini bertugas Pengarah JKN Terengganu,, menggantikan Dato’ Dr Bahari Awang Ngah yang bersara.

Hebahan mengenai perkara itu disampaikan melalui laman Facebook rasmi JKN Pahang hari ini.

Pada 18 Julai lalu, Dr Nor Azimi antara lima doktor selain jaguh lumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Dato’.

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Dato’ Isa @ Ghazali Endut dalam satu kenyataan berkata, pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi tahun 2021 itu berkuat kuasa mulai 18 Julai lalu.