Dr Rusllim dilantik Timbalan Naib Canselor UMP

Dr Rusllim dilantik Timbalan Naib Canselor UMP

KUANTAN: Prof Madya Dr Mohd Rusllim Mohamed dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuat kuasa 18 April lalu hingga 17 April 2025.

Sebelum ini, Dr Mohd Rusllim adalah Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced (UMPA) menggantikan Prof Dato’ Dr Yuserrie Zainuddin.

Dr Yuserrie kini adalah Naib Canselor UMP kelima sejak dilantik pada 1 Mac lalu.

Sementara itu, Dr Yuserrie berkata, pihak universiti berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad atas pelantikan itu.

“Semoga UMP terus cemerlang untuk menjadi universiti teknologi terunggul dalam menerajui bidang kejuruteraan dan teknologi, terutama dalam memperkasa agenda Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) aras tinggi di negara ini,” katanya.