KUANTAN: Sebahagian penduduk di Sungai Lembing, dekat sini, terpaksa menggunakan lilin berikutan pemotongan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) ekoran banjir yang melanda kawasan berkenaan susulan hujan lebat dua hari berturut-turut.
Difahamkan, TNB membuat pemotongan bekalan elektrik membabitkan semua 15 pencawang di Sungai Lembing atas faktor keselamatan bermula jam 6 petang tadi.
Penduduk, Mohamad Hafiz dari Kampung Batu 6, Jalan Sungai Lembing, berkata dia sekeluarga hanya bergantung kepada lilin sebagai sumber cahaya berikutan keadaan banjir yang semakin buruk.
“Apa yang merisaukan adalah kesukaran mendapat bahan api kerana terputus hubungan kerana air banjir semakin menghampiri rumah selepas dua hari hujan lebat berterusan.
“Agak membimbangkan juga sebab kami hanya mempunyai dua batang lilin sahaja,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Sementara itu, laman Facebook rasmi TNB Careline memakumkan, bekalan elektrik belum dapat dipulihkan di 14 lokasi di Kuantan. – AJI YOP