Dua beradik buru emas SUKMA

Dua beradik buru emas SUKMA

SEMANGAT adik-beradik mengiringi Nur Rafiqa Izzlyn Zaidi, 19, dan kakaknya, Nur Rafiqa Izzani, 20, untuk memburu dua pingat emas yang ditawarkan dalam acara memanah di SUKMA 2022 Kuala Lumpur, 16-24 September depan.

Nur Rafiqa Izzani berkata, dia dan adiknya itu akan bersaing dalam acara kelayakan dan recurve individu wanita 70 meter.

“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mencatat kemenangan, misi yang digalas kini ialah untuk membawa pulang dua pingat emas.

“Buruan pingat emas lebih bermakna pada SUKMA kali ini apabila saya dan adik beraksi dalam dua acara sama, peluang untuk Pahang merangkul dua pingat emas amat cerah,” katanya, di Kuantan, hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD