Dua beranak teruja dapat rumah

Dua beranak teruja dapat rumah

TEMERLOH: “Emak sayalah yang paling gembira hari ini kerana dia memang tak sangka dalam umurnya lanjut macam ini akan terima kurniaan kediaman amat selesa sebegini,” kata ibu tunggal, Siti Rokiah Zainal Abidin, 51.

Wanita itu yang menetap di Kampung Lompat, di sini, bersama ibunya Ramlah Hitam, 81, sejak 50 tahun lalu, menjadi antara penerima rumah bertiang kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (Yasa). 

Menurutnya, mereka dua beranak langsung tidak menyangka terpilih menerima kurniaan itu selepas rumah pusaka yang didiami sebelum ini rosak teruk dilanda banjir awal tahun lalu.

“Emak teruja dan gembira betul bila dapat rumah ini… acapkali dia beritahu tak sangka boleh dapat rumah sebaik ini ketika umur dah lanjut.

“Kami dua beranak menjunjung kasih kepada Baginda Tuanku (KDYMM) Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) atas kurinaan rumah yang cantik, kukuh dan selesa ini,” kata ibu kepada dua anak itu.

Difahamkan, dalam kejadian banjir tahun lalu, kediaman Siti Rokiah yang berdekatan dengan Sungai Semantan, mendap dan sebahagiannya roboh. – MUHAMMAD NAJMIE