Dua EXCO bertanding kerusi Parlimen

Dua EXCO bertanding kerusi Parlimen

KUANTAN: Pengumuman calon kerusi Parlimen Pahang oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini, menyaksikan beberapa penyandang tidak dicalonkan semula.

Antaranya ialah penyandang kerusi Parlimen Maran, Dato’ Sri Ismail Abdul Muttalib dan Dato’ Ahmad Nazlan Idris (Jerantut).

Kekal mempertahankan kerusi disandang pula ialah Dato’ Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands), Dato’ Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Dato’ Hasan Ariffin (Rompin), Dato’ Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) dan Dato’ Ismail Mohamed Said (Kuala Krau). 

Kerusi parlimen Pekan pula bakal ditandingi penyandang kerusi DUN Peramu Jaya, Dato’ Sh Mohamed Puzi Sh Ahmad manakala Dato’ Abdul Hamid Nazahar (Kuantan).

Pengumuman juga menyaksikan dua EXCO kerajaan negeri iaitu Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin dan Dato’ Seri Shahaniza Shamsudin masing-masing dipertaruhkan untuk bertanding di Temerloh serta Maran. 

MCA pula mendapat tiga kerusi parlimen, Bentong yang bakal ditandingi Dato’ Sri Liow Tiong Lai, manakala kerusi Indera Mahkota akan ditandingi pegawai khas Presiden MCA, Quek Tai Seong dan Raub pula Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon. 

Kerusi Jerantut pula ditandingi ahli jawatankuasa UMNO Bahagian itu, Dato’ Zukarmi Abu Bakar. 

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pula bakal mempertahankan kerusi parlimen Bera dimenanginya sejak 2004.- KHALEEF FITRI