PEKAN 03 April 2023 (Fikrah Pahang) Dua kakitangan Jabatan Perangkaan Pahang maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 55 Jalan Pekan- Nenasi
Mangsa dikenali Ruzana Mohamad Agin, 50, dan Suhaizan Abdullah, 41 dalam perjalanan dari Kuantan ke Rompin bagi melakukan tugasan bancian.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas kereta dipandu yang Ruzana dari arah Pekan ke Rompin terbabas selepas melalui selekoh jalan kerana laluan terbabit licin selepas hujan.
Mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk tindakan lanjut.
oleh: KABHI ISMAIL