Dua puluh kes denggi di Pahang sepanjang minggu lalu

Dua puluh kes denggi di Pahang sepanjang minggu lalu

KUANTAN: Sebanyak 20 kes denggi direkodkan di negeri ini membabitkan enam daerah sepanjang minggu lalu.

Jabtan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang memaklumkan, Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu lapan kes, diikuti Temerloh (enam), Bera (tiga) dan masing-masing satu kes di Pekan, Raub dan Bentong.

“Jumlah jangkitan ini adalah bagi tempoh 7 hingga 13 Ogos. Berdasarkan catatan kes denggi terbabit, sebanyak dua wabak aktif dilaporkan di Kuantan,” kata JKN Pahang menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah JKN Pahang lagi, jumlah kes denggi terkumpul di Phaang untuk tahun ini ialah sebanyak 467 kes.

“Daripada jumlah itu, satu kes membabitkan kematian dilaporkan untuk tahun ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, JKN Pahang mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan denggi di kawasan kediaman masing-masing. 

“Cari dan musnahkan tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah dan lakukan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk Aedes dewasa terutama pada waktu puncak iaitu awal pagi dan lewat petang. 

“Sekiranya demam, segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran. Tindakan ini dapat menyelamatkan nyawa anda,” katanya. – FIKRAH PAHANG