PEKAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Temai dan SK Ubai, di sini, menjadi perintis program Baca Cepat Kawanku (BCK) di Pahang.
Program BCK adalah usaha untuk membantu mengatasi masalah murid Tahun Satu yang belum boleh membaca.
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Razali Mustafar berkata, pihaknya akan berusaha bagi menjayakan program BCK di dua sekolah berkenaan.
“Saya yakin dengan adanya program BCK, masalah murid tidak boleh membaca akan dapat diatasi dengan berkesan. Kita akan memperluaskan teknik yang digunakan dalam BCK kepada sekolah lain selepas ini,” katanya, di sini, hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD