Duit raya buat golongan istimewa

Duit raya buat golongan istimewa

KUANTAN: Tiga puluh lapan pelatih dan tenaga pengajar Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Tunas Sri Teruntum, di sini, menerima sumbangan duit raya daripada 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang.

Pengurus Besar TNB Negeri Pahang, Dato’ Baderul Sham Saad berkata, pemberian duit raya berkenaan diharap dapat menggembirakan golongan istimewa terbabit menyambut lebaran tidak lama lagi.

Menurutnya, sebelum ini TNB memberi sumbangan ketuhar kepada PDK Tunas Sri Teruntum bagi memberi kemudahan kepada pelatih melakukan aktiviti menghasilkan pelbagai kuih untuk dipasarkan.

“Sumbangan duit raya RM5,000 kali ini antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat TNB untuk membantu menggembirakan golongan istimewa setiap kali Ramadan. Kami juga akan ke PDK Pulau Serai, minggu depan,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD.