Duit raya buat pesakit di Hospital Pekan

Duit raya buat pesakit di Hospital Pekan

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyampaikan duit raya RM22,000 kepada 110 pesakit di Hospital Daerah Pekan, di sini, semalam.

Turut disampaikan hamper pelbagai kuih raya yang diharap dapat menceriakan golongan terbabit pada Program Ziarah Cakna Pesakit itu. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pesakit yang ditempatkan di wad lelaki, perempuan dan kanak-kanak adalah antara mereka yang menerima sumbangan Aidilfitri itu.

“Program ziarah cakna pesakit akan diadakan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Hospital Daerah Lipis,” katanya selepas menyampaikan bantuan terbabit dengan diiringi Pengarah Bahagian Agihan Zakat MUIP, Muhammad Hafidz Abdul Halim. – MOHD IMRAN IZZAD