DUN Kerdau Cemerlang SPM 2023

KUANTAN 27 Mei 2024. Pelajar masyarakat Orang Asli Kampung Paya Pelong, Amissa Lai Jun Yu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerdau, Temerloh memperolehi keputusan 5A keputusan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang yang juga Ahli Undangan Negeri (ADN) Kerdau, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, seramai empat daripada 82 pelajar sekolah tersebut memperolehi keputusan cemerlang semua A manakala 20 lagi pelajar mendapat keputusan 4A menjadikan Gred Purata Sekolah (GPS) 4.47 .

“Sekolah Menengah Integrasi Temerloh di Kerdau mencatat GPS 2.41 manakala SMK Telok Teluk Sentang mencapai 5.35, ini meletakkan kedudukan pendidikan pelajar dalam DUN Kerdau cemerlang dan tidak ketinggalan”. katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru dan menyifatkan mereka adiwira yang menjadi punca kejayaan peningkatan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lebih baik berbanding sebelumnya.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua anak-anak yang telah berjaya. Selamat melangkah ke fasa seterusnya. Doa saya sentiasa teriring bersama manakala bagi anak- anak tidak bernasib baik teruskan perjuangan. Ini bukan garisan penamat.” katanya menerusi hantaran tersebut hari ini.

Oleh: Kabhi Ismail