DUN Pahang bubar hari ini

DUN Pahang bubar hari ini

KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkuat kuasa hari ini selepas mendapat perkenan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau membuat pengumuman itu melalui sidang meda khas yang turut disiarkan secara langsung di Facebook, tepat jam 10 pagi tadi.  

Pengumuman pembubaranitu membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pahang diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berita lanjut akan menyusul selepas ini. – HELMY ABD RAHMAN