ECRL bakal jadi penggalak industri pelancongan negeri pantai Timur

ECRL bakal jadi penggalak industri pelancongan negeri pantai Timur

KUANTAN: Pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 655 kilometer dijangka siap mengikut jadual iaitu pada Disember 2026. 

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah, pembinaan keseluruhannya kini sudah mencapai kemajuan 25.09 peratus.

“Ia sudah melebihi 28 peratus dan memiliki tujuh stesen bagi kemajuan pembinaannya di Pahang,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan fotografi Discover ECRL Paya Besar 2021, di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Paya Besar, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Dato’ Sri Darwis Abdul Razak dan Pengarah Urusan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL), Kong Qi.

Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata, ECRL berpotensi memacu pertumbuhan industri pelancongan di Paya Besar.

“ECRL bakal memberi banyak kelebihan khusus bagi pelancong yang bergerak dari Lembah Klang dan negeri di pantai Timur,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN