Elakkan aktiviti luar, cuaca panas

Kuantan 26 April 2023. (Fikrah Pahang) Pihak berkuasa kesihatan Pahang menasihatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti fizikal di luar rumah berikutan cuaca panas yang berterusan.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), cuaca panas yang lebih dikenali “Gelombang Haba” adalah suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian antara 37°C untuk 3 hari kesan daripada tempias gelombang haba yang melanda kawasan Asia Tengah yang kebiasaannya berlaku pada Mac-April.

Jabatan Kesihatan Negeri juga menasihatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti fizikal yang berlebihan dan masa yang dihabiskan di bawah terik matahari berterusan akan mengakibatkan kehilangan cecair badan yang mungkin menyebabkan kekejangan otot dan kelesuan haba

“Senario terburuk ialah apabila suhu badan meningkat dengan cepat menyebabkan strok haba. Strok haba adalah kecemasan perubatan yang perlu segera dirawat untuk mengelakkan kematian,”

“Sekiranya tidak sihat, dapatkan rawatan segera di klinik,” katanya sambil menambah orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai cuaca.

Oleh: Kabhi Ismail