Elok duduk diam, tutup mulut – Wan Rosdy

KUANTAN  17 Mac 2024. (FIKRAH PAHANG) “Lebih baik diam diri dan menikmati persaraan daripada mengulas mengenai pengkhianatan” kata Naib Presiden Umno Dato’ Sri  Wan Rosdy Wan Ismail 

Beliau membidas bekas  Ahli Parlimen DAP, Dr. P. Ramasamy apabila mengeluarkan kenyataan supaya  Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhati-hati menggunakan perkataan khianat dan menyifatkan parti UMNO  bukan mulia untuk bercakap tentang pengkhianatan. 

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang  itu menyamakan tindakan Ramasamy dengan pepatah Melayu “meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri”  seperti yang pernah dilakukan bekas Timbalan Ketua Menteri  Pulau Pinang itu sebelum ini dengan  membelakangkan DAP.

“Saya yakin rakyat tahu dan boleh menilai sendiri siapa pengkhianat sebenar jika masih ingat tarikh 10 Ogos 2023, beliau umum keluar DAP selepas namanya tidak tersenarai sebagai calon Pilhan Raya Negeri (PRN) 2023 dan menubuhkan parti baharu pada November 2023.” katanya dalam satu kenyataan di FBnya hari ini.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata,  Ramasamy harus sedar bahawa kerjasama Umno dengan Pakatan Harapan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti lain adalah untuk mewujudkan kestabilan negara seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Oleh Kabhi Ismail