Empat bulan kumpul buku

Empat bulan kumpul buku

MARAN: Persatuan Mengajar Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA) mengambil inisiatif mengumpul dan menyumbangkan 4,000 naskhah buku cerita untuk 35 sekolah rendah dan 65 Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di negeri ini.

Ketua (Chapter Leader) MELTA Pahang, Noorjahan Sultan, berkata inisiatif itu untuk  memastikan anak-anak prasekolah dan sekolah rendah di negeri ini tidak hilang minat membaca selepas perpustakaan di sekolah mereka terjejas banjir

“Kita mengambil masa empat bulan untuk mengumpulkan buku cerita pelbagai bahasa dan berjaya mengumpulkan 5,000 naskhah termasuk buku terpakai dan selepas ditapis, sebanyak 4,000 naskhah dapat diagihkan hari ini.

“Kami mendapat kerjasama daripada UCYP (Kolej Universiti Yayasan Pahang), DRB-Hicom, English Test Center, Intan’s Oven Bakery & Cafe, SWCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) Pahang dan PEWANI (Persatuan Wanita UiTM),” Jengka, hari ini.

Majlis yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad itu turut dihadiri Prof Dr Mohd Ilham Adenan.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, sumbangan itu memberi manfaat besar kepada anak-anak terbabit yang hilang sumber bacaan selepas perpustakaan sekolah mereka terjejas banjir. – HELMY ABD RAHMAN