Empat kawasan kediaman di Bentong laksana PKPD mulai Jumaat

Empat kawasan kediaman di Bentong laksana PKPD mulai Jumaat

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar/video Mustaffa Kamal

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat taman perumahan di Bentong akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini sehingga 17 Jun depan.

  Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan media, semalam.

  Beliau berkata, pelaksanaan PKPD itu membabitkan Taman Bentong Makmur, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai.

  “Pelaksanaan PKPD ini memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya.

  Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan penamatan PKPD di Gugusan Mendi, Bera, Pahang pada Rabu iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan.