Empat NGO lapor polis kes hina KDYMM Yang di-Pertuan Agong

Empat NGO lapor polis kes hina KDYMM Yang di-Pertuan Agong

Oleh Fath Ahnaf

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Empat badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap pemilik akaun media sosial Twitter menggunakan nama @imnsfeaz yang didakwa menghina institusi diraja. 

Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Majlis Belia Daerah Kuantan, Young Malaysia Movement dan Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Pahang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini, hari ini.

Timbalan Presiden MBPN, Nor Aliff Haji Yaakob, berkata mereka mendapati pemilik akaun terbabit menghina KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kaum kerabat baginda di dalam ciapannya.

KUANTAN.. Empat wakil NGO menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap pemilik akaun media sosial Twitter yang didakwa menghina Yang Dipertuan Agung.

“Laporan polis itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, laporan dilakukan berikutan beliau menerima satu kiriman gambar di WhatsApp yang diandaikannya jelas menghina kerana menggunakan ayat biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong. 

“Saya percaya ciapan pemilik akaun itu berniat tidak baik dan berbaur hasutan yang mungkin membuatkan masyarakat bencikan institusi diraja,” katanya.