Empat pemain import baharu perkuat Sri Pahang

Empat pemain import baharu perkuat Sri Pahang

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Empat pemain import baharu akan memperkuatkan pasukan Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super sebaik jendela perpindahan dibuka, bulan ini.

  Mereka yang disahkan menyarung jersi Sri Pahang ialah pemain dari Myanmar, Aung Kaung Mann, Manuel Hildago (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Anthiu (Australia).

  Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Dato’ Mohammed Suffian Awang yang mengesahkan perkara itu mengharapkan pasukan itu akan tampil lebih padu.

Dari atas ikut jam: Aung Kaung Mann (Myanmmar),Manuel Hidalgo (Argentina) dan Kenny Athiu (Australia)

  “Apa yang boleh saya sahkan ialah tiga pemain sudah berada di Kuantan manakala seorang lagi sedang menjalani kuarantin yang berakhir Rabu ini,” katanya.

  Ditanya empat pemain yang diketepikan, beliau enggan mengulas lanjut dan akan mengumumkannya dalam tempoh terdekat.

  “Saya tidak boleh memberikan senarai nama empat pemain terbabit buat masa ini,” katanya.

  Musim ini, Sri Pahang menyenaraikan lima import iaitu Yevhen Bokhashvili dari Ukraine, Herold Goulon (Perancis), Lee Tuck (England), Mamadou Wague (Lubnan) dan Pedro Henrique (Timor Leste).

  Kini, teka-teki di kalangan peminat Sri Pahang ialah untuk mengetahui pemain yang akan kekal bersama pasukan itu.