Empat penjuru di Parlimen Kuantan

Empat penjuru di Parlimen Kuantan

KUANTAN: Parlimen Kuantan menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan PEJUANG pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengumuman rasmi senarai calon itu dilakukan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kuantan, Dato’ Hamdan Husin di Pusat Penamaan Calon di Majlis Bandaraya Kuantan, di sini.

Penyandang, Fuziah Salleh dari PH-PKR akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan bagi penggal keempat menentang Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar (BN), Wan Razali Wan Nor (PN-Pas) dan Mejar (B) Anuar Mohd Tajuddin (PEJUANG).

Bagi kerusi N14 Teruntum, Tee Choon Ser (BN), Yap Kim Heng (PN-Gerakan)
dan Khairul Afifie Abdullah (PEJUANG) mencabar penyandang, Sim Chon Siang (PH-PKR).

Kerusi N15 Tanjung Lumpur menyaksikan penyandang, Rosli Abdul Jabar (PN-Pas), ditentang Nara@ Nordin (BN), Sabrina Md Yusuff (PH-Amanah) dan Ab’ Alim Ruslam Ahmad (PEJUANG).

Kerusi N16 Inderapura pula memperlihatkan penyandang, Dato’ Sri Shafik Fauzan Sharif (BN) dicabar Mohd Hafizal Mohamed Shah (PN-Pas),Fakhrul Anuwar Zulkawi (PH-PKR) dan Norashikin Ismail (PEJUANG). – NUR HANNAH KHADIJAH