Enam daerah alami hujan lebat

Enam daerah alami hujan lebat

Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Hujan lebat berterusan pada peringkat jingga (buruk) dijangka melanda daerah ini sehingga 27 November (Jumaat).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) yang mengeluarkan amaran itu hari ini, turut mengingatkan penduduk di Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin supaya berjaga-jaga.
Ini kerana hujan lebat pada peringkat kuning (waspada) dijangka berlaku di enam daerah terbabit sehingga Jumaat.
Sementara itu, MET Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dijangka melanda utara Pulau Tioman sehingga esok (26 November).
Ia membabitkan amaran kategori pertama dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ketinggian ombak 2.5 hingga 3.5 meter (m).