Enam lokaliti di Pahang kena PKPD

Enam lokaliti di Pahang kena PKPD

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Enam lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini sehingga 17 September depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Dato’ Rodzi Md Saad berkata, ia membabitkan tiga lokaliti di daerah Temerloh, dua di Kuantan dan satu di Raub.

Katanya, lokaliti di Temerloh membabitkan tiga perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong.

“Dua lokaliti di Kuantan adalah di Penjara Penor dan Rumah Kongsi Pinggiran Goh manakala di Raub pual di Sempalit, Mukim Gali.

“Semua lokaliti dikenakan PKPD selama 14 hari selepas pembentangan penilaian risiko dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media hari ini.