KUANTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang akan mengadakan Program Jualan Semarak Syawal di enam pasar tani sepanjang empat hari bermula pada 29 April ini.
Pengarah FAMA Pahang, Saiful Sadri berkata, enam pasar tani terbabit ialah Pasar Tani Benus, di Bentong pada 29 April diikuti Pasar Tani Kekal Jerantut (30 April) dan Pasar Tani UTC Kuantan (1 Mei).
Menurutnya, Pasar Tani Kekal Jengka, Pasar Tani Kekal Chini dan Pasar Tani Kekal Bera aktiviti jualan diadakan pada 2 Mei.
“Dua ratus peniaga terbabit dalam program itu dan jualan akan tertumpu kepada keperluan persiapan menyambut Aidilfitri seperti daging lembu, ayam proses, sayuran, buah-buahan dan produk industri asas tani,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD