Enam PGC bantu operasi menyelamat mangsa banjir

Enam PGC bantu operasi menyelamat mangsa banjir

KUANTAN: Enam Pasukan Gerak Cepat (PGC) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang bersiap siaga dalam usaha membantu mangsa banjir di negeri ini.

Pasukan berkenaan ditempatkan di enam daerah iaitu Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh, Bentong dan Raub.

Pengarah JBPM Pahang, Dato’ Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, berkata enam anggota menyertai pasukan itu dan dilengkapi peralatan serta kenderaan termasuk bot.

“Bagaimanapun, penugasan dan pengoperasian PGC  tidak tertumpu di lokasi penempatan sahaja tetapi boleh digerakkan di seluruh kawasan mengikut keadaan.

“Pasukan ini ditubuhkan khusus untuk operasi menyelamat mangsa banjir, manakala pasukan lain boleh menumpukan kepada kes lain seperti lemas, kemalangan jalan raya dan kebakaran,” katanya.

Beliau demikian ketika ditemui media di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan di sini hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN