Enam sungai di Pahang catat paras bahaya

Enam sungai di Pahang catat paras bahaya

KUANTAN: Enam sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya, masing-masing satu di Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran dan Rompin, tengah hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), enam sungai terbabit ialah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis dan Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut.

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran dan Sungai Pukin, Rompin.

Sementara itu, 13 sungai lain mencatatkan bacaan melebihi paras amaran, manakala paras waspada pula membabitkan sembilan sungai. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN