Fadzli dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang yang baharu

Fadzli dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang yang baharu

KUANTAN: Fadzli Mohamad Kamal dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

“Tahniah saya ucapkan kepada Encik Fadzli Mohamad Kamal atas pelantikan sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang yang baru bagi mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Dato’ Abdul Wahab Mohamad Ali.

“Semoga dapat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan komited dalam setiap tugas yang diamanahkan,” katanya.

Pada 11 Januari lalu, Abdul Wahab meninggal dunia dipercayai menghidap kanser darah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, pada 5.42 petang. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN