PEMAIN Sri Pahang FC, Muhammad Faizal Mohd Arif meletakkan sasaran peribadi dan menyimpan hasrat untuk berada dalam pilihan utama sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022.
Selaku pemain baharu skuad Tok Gajah musim ini, pemain pertahanan berusia 27 tahun itu mahu penghijrahannya itu adalah pilihan tepat.
“Penghijrahan ke Sri Pahang sebagai titik permulaan dalam kerjaya bola sepak saya selepas enam musim bersama UiTM FC.
“Saya harap misi terpilih untuk berada dalam senarai kesebelasan utama akan menjadi kenyataan,” kata bekas kapten UiTM FC itu.
Musim ini, Faizal antara sembilan pemain baharu yang diumumkan Sri Pahang termasuk dua import iaitu Johan Martial dan Mahmoud Za’tara.
Selain itu, Fandi Othman, David Rowley, Sean Gan Gianelli, Azwan Aripin, Wan Amirzafran Wan Nadris dan Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN