FAMA agih 1,000 bubur lambuk

FAMA agih 1,000 bubur lambuk

KUANTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang menyediakan seribu bubur lambuk yang diagihkan kepada pengunjung Pasar Tani Taman Impian, di sini semalam.

Program dengan kerjasama Jalen Sdn Bhd sebagai penyumbang bahan utama turut disertai Kelab Sukan dan Kebajikan FAMA Pahang diadakan secara gotong-royong membabitkan lebih 50 peserta.

Pengarahnya, Saiful Sadri berkata, aktiviti memasak diadakan di perkarangan pejabat FAMA Pahang yang turut disertai beberapa peserta pasar tani, pada kira-kira 9 pagi.

“Ini kali kedua FAMA mengadakan program memasak bubur lambuk yang diagihkan percuma kepada masyarakat setempat. Kali pertama di Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, akhir Mac lalu,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD