KUANTAN: Menyediakan kemudahan asas untuk peniaga pasar malam antara yang akan diperjuangkan oleh calon Barisan Nasional (BN) DUN Panching, Fauziah Abdul Wahab.
“Ketika melakukan kunjungan ke pasar malam Taman Tas, ada wakil peniaga menyatakan mereka begitu inginkan tandas untuk kegunaan kira-kira 70 peniaga di kawasan itu. Saya akan usahakan,” katanya.
Beliau ditemui selepas mengikuti program berkempen untuk BN di Pasar Malam Taman Tas, di sini, kelmarin.
Beliau berkata, jika kejayaan berpihak pada UMNO di DUN Panching pada Pilihan Raya UMUM Ke-15 (PRU1, usaha membela nasib peniaga pasar malam akan terus dilakukan dan diperkemaskan.
Fauziah berkata, hanya Kerajaan BN sahaja mampu membela nasib peniaga pasar malam yang kini mula bangkit selepas tidak dapat berniaga ketika wabak COVID-19 menyerang negara lebih dua tahun. – MOHD IMRAN IZZAD