Felcra bina ladang ayam di Sg Damak

Felcra bina ladang ayam di Sg Damak

LIPIS: Felcra akan membina ladang ternakan ayam secara bersistematik yang bakal mengeluarkan sekurang-kurangnya 1.8 juta ayam setahun di Sungai Damak, Tanjung Besar, dekat sini. 

Ketua UMNO Bahagian Lipis, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, pembinaan ladang ayam itu sebagai menyokong usaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang melaksanakan projek ternakan itu Rancangan Malaysia ke-12.

“Pelaksanaan projek ini seiring apirasi kerajaan untuk memperkasakan Agenda Keselamatan Makanan Negara (Food Security),” katanya, di Majlis Santuni Pemimpin Institusi Felcra Berhad Wilayah Pahang, di Kuala Lanar, dekat sini, semalam. 

Selain itu, katanya, kepimpinan tempatan khasnya di luar bandar adalah institusi yang sangat penting pembangunan luar bandar kerana mereka pemudahcara kepada urusan pembangunan yang dilaksanakan di kawasan setempat. 

“Kepimpinan itu, terdiri Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKKP), Koperasi Peserta Felcra  (KPR), Wanita Dinamis Felcra (WADIRA) dan Belia perlu terus disokong dalam menjayakan aspirasi kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar dengan lebih baik,” katanya. – AIN HUDA AMIR