Fikrah Pahang lidah rasmi kerajaan negeri

Fikrah Pahang lidah rasmi kerajaan negeri

Helmy Abd Rahman
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Akhbar Fikrah Pahang mengukir sejarah apabila Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menandatangani plak sebagai simbolik perasmian akhbar berkenaan.

Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) menandatangani plak sambil diperhatikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad


Majlis ringkas itu disempurnakan sebelum berlangsung mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).
Wan Rosdy kemudian menyerahkan naskhah Fikrah Pahang kepada semua ahli Exco kerajaan negeri dan ketua jabatan yang hadir pada mesyuarat berkenaan.
Turut menyaksikan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Fikrah Media & Event merangkap Ketua Pengarang Fikrah Pahang, Othman Mamat dan anggota pengurusan akhbar ini, Dato’ Nik Naizi Husin, Kamal Ariffin Ismail serta Zulkepli Osman.


Sebanyak 10,000 naskhah Fikrah Pahang diedarkan secara percuma di seluruh negeri Pahang mulai 16 Oktober lalu.
Fikrah Pahang adalah akhbar terbitan Penerangan UMNO Negeri Pahang yang memuatkan pelbagai cerita berkisar mengenai agama, politik, sosial, ekonomi, sukan dan pelbagai aktiviti di negeri ini.