Gadis cari bapa kandung untuk urusan pernikahan

Gadis cari bapa kandung untuk urusan pernikahan

KUANTAN: Seorang gadis meminta kerjasama orang ramai yang mengenali bapa kandung, Jusoh Musa, 67, supaya menghubunginya segera.

Siti Nur Aisyah Jusoh, 28, berkata pencarian bapa kandungnya itu bertujuan untuk menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 31 Ogos ini.

“Saya sudah lama mencari ayah termasuk mendapatkan maklumat di Jabatan pendaftaran negara (JPN) tetapi masih gagal menemuinya.

“Kali terakhir saya bertemu ayah pada 2010 dan selepas itu kami terpisah,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali Jusoh boleh menghubungi ibu saudara Siti Nur Aisyah di talian 011-10810215. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN