Gamel cabar pemain kutip tiga mata

Gamel cabar pemain kutip tiga mata

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel mencabar anak buahnya mengutip tiga mata apabila berdepan Melaka United di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Katanya, kegagalan mencatat kemenangan pada dua perlawanan lalu diharap berakhir apabila melayan Melaka United.

Bagaimanapun, katanya, pemain Tok Gajah tidak boleh memandang mudah perlawanan itu biarpun berlaku isu pemecatan ketua jurulatih itu.

“Saya cuma minta pemain mempertingkatkan prestasi dan memanfaatkan segala peluang yang dimiliki untuk mengutip tiga mata.

“Pada masa sama, isu pengadilan dalam dua perlawanan lalu juga perlu dilupakan kerana misi utama adalah mencatat kemenangan,” katanya.

Gamel turut menjangkakan tentangan sengit bakal dihadapi skuad bimbingannya itu kerana Melaka United memiliki barisan pemain yang bagus terutama di bahagian serangan dan tengah. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN