KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel mengakui aksi tidak bermaya anak buahnya menyebabkan skuad itu tewas 1-2 kepada Melaka United, malam tadi.
Jurulatih berasal dari Perancis itu berkata, kekalahan itu menyebabkan misi skuad Tok gajah mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini tidak kesampaian.
Katanya, sepatutnya selepas mendahului 1-0 anak buahnya bermain dengan lebih baik tetapi sebaliknya berlaku.
“Saya kecewa dengan kekalahan ini dan mahu pemain bangkit untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka,” katanya.
Pada perlawanan itu, gol tunggal Sri Pahang dijaringkan pemain import, Mahmoud Za’tara seawal minit keempat.
Dua gol Melaka United itu, masing-masing satu dijaringkan oleh Emmanuel Essigba dan Mohamad Hasbullah Abu Bakar pada minit ke-51 dan m-70.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN