Gamel lega Sri Pahang melangkah ke pusingan kedua Piala FA

Gamel lega Sri Pahang melangkah ke pusingan kedua Piala FA

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel lega selepas skuad itu melangkah ke pusingan kedua Piala FA.

Kejayaan itu selepas Sri Pahang menewaskan Manjung City FC menerusi agregat 5-4 pada penentuan penalti selepas terikat 0-0.

Beliau berkata, biarpun keputusan ditentukan menerusi penentuan penalti, anak buahnya sudah melakukan yang terbaik sepanjang 120 minit perlawanan.

“Saya berbangga dengan pemain yang tetap berusaha keras untuk memastikan Sri Pahang memenangi perlawanan. Kita mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal mencari penyudahnya,” katanya.

Pada penentuan sepakan penalti, lima pemain tuan rumah iaitu Billy Ketkeophomphone, Johan Cedric Francois, Muslim Ahmad, Manuel Hidalgo dan Mohammad Azwan Aripin berjaya menyempurnakan sepakan.

Namun, kegagalan pemain tengah, C Sasikumar yang mengambil penalti kedua walaupun Wan Muhammad Izzat Wan Zaidi, Muhammad Faizzwan Dorahim, Muhammad Ikmal Hakim dan Muhammad Sobri Hasri berjaya menyudahkannya menyebabkan impian Manjung City melakar kejutan tidak kesampaian. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN