KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel mengakui berdepan kesukaran apabila skuad itu melayan kunjungan Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Makmur, malam esok.
Jurulatih berasal dari Perancis itu memaklumkan bahawa skuad kendaliannya itu berdepan masalah kecederaan yang menyukarkannya untuk menyenaraikan barisan utama.
Namun, katanya, beliau menaruh keyakinan bahawa pemain yang bakal berada dalam kesebelasan utama mampu menjalankan tugas.
“Pemain yang akan bermain perlu mengambil tanggungjawab mereka dengan sebaiknya sepanjang perlawanan.
“Perancangan dan segalanya yang dipraktikkan pada sesi latihan dan aksi persahabatan sebelum ini diharap dapat disempurnakan sebaiknya.
“Kini, terpulang kepada mereka untuk memberikan yang terbaik dan sebagai jurulatih, saya percaya keupayaan mereka,” katanya.
Musim ini, Sri Pahang memulakan perlawanan pembuka tirai berdepan TFC yang menyasarkan tiga mata sebagai motivasi. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN
tamat