Gamel perkemas skuad untuk jaminan nasib sendiri

Gamel perkemas skuad untuk jaminan nasib sendiri

CHRISTOPHE Gamel akan menerima keputusan berhubung kedudukannya selaku ketua jurulatih Sri Pahang FC jika skuad itu tewas di tangan Terengganu FC (TFC), di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok. 

Jurulatih berusia 50 tahun itu berkata, beliau menjalankan tugas dengan sebaiknya dalam membentuk skuad terbaik untuk berdepan TFC. 

“Saya sedia terima segala keputusan daripada pengurusan kelab jika Sri Pahang tewas Ahad ini.

“Tetapi saya kini memberikan tumpuan sepenuhnya untuk memastikan Sri Pahang berada pada prestasi menyakinkan,” katanya.

Sebelum ini, ada sumber memberitahu bahawa keputusan perlawanan Sri Pahang berdepan TFC bakal menjadi penentu kedudukan Gamel.

Sumber itu dipetik berkata jika Sri Pahang tewas, khidmat Gamel selaku ketua jurulatih mungkin berakhir.

Oleh itu, Gamel perlu perlu membentuk kembali pasukan yang mantap untuk memastikan kemenangan ke atas TFC.

Selepas 10 perlawanan, Sri Pahang kini kedudukan ke-11 liga daripada 12 pasukan sekadar mengutip lapan mata. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN