Gamel puas, misi tiga mata akhirnya tercapai

Gamel puas, misi tiga mata akhirnya tercapai

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel puas kerana misi mengutip tiga mata tercapai selepas menewaskan Penang FC, 3-1, malam tadi.

Katanya, kemenangan itu juga melonjakkan semangat anak buahnya selepas gagal mencatat kemenangan pada tiga perlawanan lalu.

 “Saya gembira dengan prestasi dan semangat yang dipersembahkan pemain yang mempamerkan peningkatan daripada segi permainan.

“Kebangkitan yang dipamerkan lakukan pada babak kedua dengan menjaringkan dua gol menceriakan pasukan,” kata jurulatih berasal dari Perancis itu.

Pada perlawanan itu, tiga gol Sri Pahang, masing-masing satu dijaringkan oleh Nor Azam Azih pada minit ke-28, David Rowley (m-64) dan Sean Ginelli (m-73).

Gol tunggal Penang FC pula dijaringkan pemain pertahanan, Ahmad Sukri Abdul Hamid pada m-45. -MUHAMMAD IZZ ZAHIN