Gamel tabik pemain Sri Pahang

Gamel tabik pemain Sri Pahang

KETUA Jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel memuji komitmen anak buahnya selepas mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-2, pada aksi Liga Super, di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Katanya, satu mata yang diraih itu membuktikan skuad itu mampu memberi saingan kepada pasukan yang lebih berpengalaman seperti JDT.

“Pemain berjaya mengimbangi perlawanan terutama komitmen tinggi yang dipersembahkan pemain muda yang tampil dengan persembahan menyakinkan.

“Mereka bermain dengan baik serta mengikut arahan taktikal yang menyaksikan Sri pahang berjaya mengutip satu mata di tempat lawan,” katanya.

Pada perlawanan itu, dua gol Sri Pahang, masing-masing satu dijaringkan oleh Mohd Saiful Jamaluddin dan Manuel Hidalgo pada minit ke-38 dan m-42.

Dua gol JDT pula, dijaringkan penyerang import, Bergon da Silva pada m-17 dan m-88.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN