KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel terkilan skuad itu gagal mencatat kemenangan selepas seri 1-1 berdepan PJ City FC, malam tadi.
Katanya, lebih membuatnya kecewa apabila jaringan penyamaan lawan dihasilkan ketika perlawanan berbaki lima minit.
“Saya kecewa kerana kita sepatutnya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super selepas dua perlawanan. Tetapi ia tidak menjadi kenyataan selepas bermain dengan baik terutama memberi tekanan kepada lawan.
“Namun, beberapa peluang yang dipersiakan untuk menambah jaringan menyebabkan kita terpaksa berpuas hati dengan satu mata,” katanya.
Pada perlawanan itu, gol Sri Pahang dan PJ City, masing-masing dijaringkan oleh Manuel Hidalgo dan R Barathkumar, masing-masing pada minit ke-38 dan m-85.