Gamel tiada tekanan latih Sri Pahang

Gamel tiada tekanan latih Sri Pahang

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel tidak tertekan apabila dipilih melatih kelab itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Malah, jurulatih kelahiran Perancis itu bersedia memikul tugas diamanahkan pengurusan kelab untuk membantu Sri Pahang mencatat keputusan terbaik.

“Saya kini bersemangat dan memberikan sepenuhnya komitmen melatih skuad ini dalam membentuk sebuah pasukan mantap.

“Sebenarnya saya tiada sebarang tekanan dan kepercayaan yang diberikan pengurusan dan sokongan peminat diharap membantu dan saya juga sayangkan Sri Pahang dan mahu mengembalikan pasukan ini pada kedudukan terbaik musim ini,” katanya di Kuantan, hari ini.

Musim lalu, skuad Tok Gajah menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-10 manakala sekadar beraksi di peringkat kumpulan Piala Malaysia. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN