Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang.com.my
PENGENDALI Sri Pahang FC, Dollah Salleh gembira kerana gandingan Muslim Ahmad dan Nick Swirad di bahagian pertahanan semakin mantap.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata, dua pemain berkenaan sudah mula menunjukkan keserasian dan mampu membantu mengukuhkan kubu skuad Tok Gajah menjelang kempen Piala Malaysia.
“Saya lihat banyak perubahan dipersembahkan Swirad dalam beberapa perlawanan terutama bergandingan bersama Muslim.
“Bagi saya perkembangan positif ini berpotensi membantu mengukuhkan lagi kubu pasukan untuk mencatat kejayaan pada kempen Piala Malaysia nanti,” katanya di Kuantan, hari ini.
Sejak tiga perlawanan lalu, Dollah menyenaraikan Swirad dalam kesebelasan utama bergandingan dengan Muslim yang juga kapten pasukan.
Khidmat Swirad yang juga pemain berdarah kacukan Malaysia-England, diperoleh Sri Pahang pada jendela perpindahan kedua pemain.