KUANTAN: Beberapa kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air pada 20 September ini berikutan kerja-kerja penyambungan paip air mentah yang dilakukan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) di Mahkota Golf & Country Club (MGCC), Indera Mahkota di sini.
Kawasan terbabit ialah di seluruh kawasan Beserah sehingga sempadan Chendor termasuk MCKIP, Maritim, Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, dan Kubang Ikan.
Turut terjejas, seluruh kawasan Gebeng Industri FASA I, II, III, MCKIP, seluruh kawasan Pelabuhan Kuantan, seluruh kawasan Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) Semambu, kawasan perumahan Semambu, kawasan Industri Semambu, Jalan Tengku Muhammad, Pelindung Jalan Tengku Muhamad, Pejabat Ukur, Jalan Beserah dan Alor Akar.
Selain itu, Sri Kuantan, Kubang Buaya, Jalan Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Tanjung Api, Taman Selamat, Tembeling Resort, Kelab Golf Diraja, seluruh kawasan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Jalan Kenanga, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali dan Air Putih.
Kawasan lain ialah seluruh kawasan Taman Fairmount, Bukit Beirut, Jalan Bukit Setongkol, Bukit Setongkol, Cenderawasih, seluruh kawasan RTP Bukit Goh, Bukit Goh Gen 2, Bukit Goh Perdana, Bukit Kuantan, sebahagian kawasan Tanjung Pasir, seluruh kawasan Indera Mahkota (IM) 1, 2, 3, 5 dan 6; Kampung Tiram, Tiram Perdana, Taman Shahzan, Taman Radiance, KOMTUR, Pejabat Daerah dan Tanah, SBPI, Ibu Pejabat PAIP, Terminal Sentral, Bomba IM dan Widad.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Saiful Zaini Mohd Bokhari, berkata gangguan bekalan air itu dijangka bermula jam 8 pagi dan pemulihan perbekalan mengambil masa sehingga 48 jam secara berperingkat.
“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas juga adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,” katanya.
Menurutnya, kerja-kerja pemasangan paip pintasan sedang giat dijalankan dan kini mencapai tahap 80 peatus siap manakala baki 20 peratus lagi akan membabitkan penyambungan ke jajaran paip sedia ada yang memerlukan penutupan sementara bekalan air. – HELMY ABD RAHMAN