MEMBARISKAN beberapa bekas pemain Pahang menjadi kelebihan kepada skuad Gate 5 FC untuk mudah menewaskan pilihan Media Pahang 6-2, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, kelmarin.
Perlawanan persahabatan yang turut disertai ketua jurulatih Sri Pahang FC,
Christophe Gamel diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan pengamal media dengan bekas pemain, jurulatih dan penyokong pasukan Tok Gajah.
Jurucakap penganjur, Shahfan Adib Zailan berkata, perlawanan yang diadakan bagi mengisi ruang rehat saingan Liga Super.
“Aktiviti riadah itu turut memupuk budaya gaya hidup sihat di kalangan pengamal media. Kita akan mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata, antara bekas pemain Pahang yang beraksi ialah Mohd Khairul Shah Mamat, Muhamad Shafiae Mat dan Saufi Muhamad. – MOHD IMRAN IZZAD